Musim raya ni sinonim jugak dengan open house open office potluck office..
Jadi saya nak share resipi lah untuk tambah2 desert korang ye...boleh lah dari takde kan..Bread pudding bersos kastad.
Resipi bread pudding
Bahan-bahan A (Bread Pudding):
dah rotate tak jugak elok pic ni..kuikui.pepandai pusing lah ye. |
Essen Vanilla (1 sudu)
Telur 2 biji
Butter 2 sudu (di cairkan)
Kismis ikut suka banyak mana
Chocolate chips ikut suka banyak mana
Gula 4 sudu
Susu Full Cream 2 cawan
Bahan-bahan sos kastad
Susu cair 1 tin
Air 1/4 (sukat guna tin susu cair di atas)
1 sudu tepung castard
2 sudu besar gula
Essen vanilla 1 sudu.
Cara-Cara(pudding)
1)Siat-siat roti tadi.Yang bahagian tepi roti (hitam) di asingkan.-ketepikan dalam satu bekas
2)Ambil mangkuk lain. Campurkan susu full cream, gula, Essen vanilla, telur dan kacau sehingga gula hancur.p/s:Perlu di inggatkan bahawa jangan masukkan butter pada langkah ini akan menyebabkan butter berketul-ketul.
3)Ambil roti yang di siat tadi rendam dalam bahan campuran tadi (di langkah no.2).campur kismis dan choc.chip dan juga butter yg di cairkan tadi.Kacau-kacau hingga sebati. Dan Biarkan seketika selama 10-15min.Lebih pun tak mengapa-letak ketepi
4)Sementara tunggu roti kembang ambil bekas untuk membakar. Sapukan butter ke permukaan bekas itu. Dan panaskan oven selama lebih kurang 10min dengan suhu 180c.
5)Cukup masa ambil roti direndam tadi masukkan ke dalam bekas untuk membakar dan taburkan bahagian tepi roti tadi di bahagian ats.ini terpulang nak cantik kan je sebenanrnya. dan taburkan choc chips.Siap!
6)Dan Bakar dalam 30min dengan suhu yang sama iaitu 180c
Cara-cara (sos)
1)Satukan semua bahan-bahan di nyatakan di atas ke dalam periuk kecuali tepung kastad. Di kacau di atas api yang kecil.
2)Agak2 gula dah hancur baru masukkan tepung castad. Tepung ni adjust pada kesukaan masing2 nak kuah pekat/cair takat mane.
3)Siap!
Hasilnya!