Wednesday, September 30, 2009

Erti seorang sahabat

Sahabat adalah orang yang kita sayangi dan menyayangi kita, orang yang memahami kita,orang yang bersama kita tika susah dan senang.menerima kelebihanan kita dan berusaha memperbaiki kekurangan kita,sahabat juga sentiasa bersama kita tika dunia mengejar kita dan tidak meninggalkan kita tika dunia meninggalkan kita..

sahabat adalah yang sentiasa berpesan2, bertukar2 pandangan,berbalas2 doa..x gitu?sahabat berbeza dengan kawan.
Berkawan itu ikatan di antara manusia yang agak longgar. Mungkin kawan bermain sahaja. Diikat oleh permainan yang sama. Mungkin kawan sekerja. Di luar waktu kerja, tidak lagi berkawan. Setakat itu sahaja. Mungkin kawan sekuliah. Habis kuliah,tak kenal pun...siap menjeling lagi. Mungkin juga kawan senasib. Apabila nasib sudah tidak sama, hilanglah kawan.

Masing-masing buat hal sendiri..kalau terjumpa kat mana2 buat2 tak kenal.Mengapa berkawan tidak mahu kekal? Di mana salah dan silapnya? Sedangkan fitrah semula jadi manusia memang suka berkawan. Kerana hidup bersendirian tanpa kawan, banyak cacat dan kesusahan yang dihadapi manusia. Manusia yang banyak kawan, lebih ceria dan riang hidupnya daripada orang yang hidup bersendirian. Sebab itulah tabiat manusia suka berkawan.

Walaupun begitu manusia ini selalu sahaja dapat kawan dan kemudian hilang kawan. Kawan silih berganti. Payah hendak kekal hingga mati.Mengapa ya?mungkinkah ini sebabnya?Berkawan itu ada kepentingan peribadi.Sama ada kedua-dua orang yang berkawan atau salah seorangnya ada kepentingan peribadi. Mungkin berkawan kerana kekayaan orang itu, atau kerana kekuatan orang itu yang mana kalau ada musuh, boleh tumpang berlindung atau menumpang pengaruhnya. Apabila tujuan tersebut sudah tiada lagi, berkawan sudah tidak diperlukan lagi.

Berkawan dengan sebab seagama, sekampung, dan lain-lain. Berkawan apabila bertemu dengan orang yang satu kaum atau satu kampung atau seagama (walaupun agamanya tidak dipraktikkan)... Di waktu itu mungkin mereka tidak boleh sesuaikan diri dari segi agama,bahasa, bangsa atau budaya di situ. Maka di waktu itu mereka amat rapat berkawan kerana saling memerlukan antara satu sama lain mungkin sama-sama belajar di negeri atau di negara orang. Setelah berpisah atau setelah sama-sama balik ke negeri masing-masing, walaupun bertemu tetapi hubungan dah tak rapat macam dulu.

Berkawan tapi tak kekal macam berkawan ikut musim kerana ikatan ukhwah itu tak kuat. Terikat dengan perkara luaran. Terikat dengan keperluan semasa atau keadaan yang memaksa. Ia bukan dijalin oleh ikatan hati yang mempunyai akidah yang sama, ada hubung kait dengan Allah yang kekal abadi dan untuk kepentingan kedua2 sahabat yang berkekalan hingga sampai ke Akhirat.Perlu kita faham disini beza kawan dan sahabat agar dapat kita berkongsi sama dengan sahabat, suka duka, masalah, kemahuan dan kebencian mereka. Agar perkara-perkara yang mereka perlukan bantuan, kita bantu.

Manakala yang perlu dijauhi, sama-sama kita hindari dan jauhi. Jika perlu nasihat, kita beri nasihat. Apabila kita bersahabat, la budda! jaga perasaan mereka.paling penting, kalau kita bersahabat dengan sesiapa, kita kenalah jujur dan amanah serta bertanggungjawab terhadap mereka. Sepertimana kita berlaku jujur, amanah serta bertanggungjawab kepada diri kita, begitu jugalah tanggungjawab kita kepada mereka dan keluarga mereka. Kita kenalah jaga mereka macam kita menjaga diri dan keluarga kita.

Hadis Qudsi yang bermaksud: "Cinta Kasih-Ku patut diperolehi mereka yang saling berkasih sayang kerana-Ku, cinta kasih-Ku patut dinikmati oleh mereka yang saling bersilaturrahim kerana- Ku, cinta kasih-Ku patut dikurniakan kepada mereka yang nasihat-menasihati kerana-Ku, cinta kasih-Ku patut dicurahkan kepada mereka yang kunjung-mengunjungi kerana- Ku, cinta kasih-Ku patut dinikmati oleh mereka yang saling memberi kerana-Ku. Mereka yang saling berkasih sayang kerana-Ku dan pada jalan-Ku, (mereka) berada di atas mimbar- mimbar di hari Kiamat dari cahaya suatu kedudukan yang diinginkan oleh para nabi, para siddiqin dan para syuhada." (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Al Hakim dan Al Qudha` ie)

Daripada Hadis tersebut dapat disimpulkan,mereka yang bersahabat kerana Allah Taala itu akan mendapat 3 perkara iaitu:
1. Dikasihi oleh Allah dan seluruh penghuni langit.
2. Mendapat keredhaan Allah serta ganjaran pahala dan kurnia yang besar dari Allah.
3. Mendapat perlindungan Arasy di hari Akhirat.

Monday, September 28, 2009

ank buah baru ku

::Insyira Adriana


kemalasan

akhirnyer...
setelah seminggu beraya...huh...harini stat keje blik...rase mls yang amat...
amik m ood keje nie ssh...aku pg2 bce email....lyn facebook...
baru ader feel...

ri sabtu mlm aku smpai KL...
ahad smlm melepak jer kat umah....kemas2 umah..cuci baju..beres..
kira ok lah...blik awal leh rehat...

sampai2 ofis...my bos dah tercegat...tanyer aku "puas ker beraya"
aku ckp"puas la.."
padahal...mls sungguh aku nk blik cnie kalo leh....hehe..

tp memikirkan tggjwb...kena gak lah kuatkan.....

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya

Harini...selepas sebulan kiter berpuasa, menahan lapar dan dahaga..
tibelah hari yg dinnt2 kan oleh sume umat islam...

Hari raya Aidilfitri...

sememangnyer aku mmg org yg sgt bz bile tibenyer syawal..
haha...poyo...cm aku jer yg bz...mksd aku kat umah nie...tau..

kebiasaan keluarga kami, msak masakan raya dilakukan selepas berbuka...
so, aku sibuk memasak..
membantu mak didapur tulah tugasan aku...

aku sibuk memasak, ani n adik aku sempat dr tuk wat kuih...resipi yg 1st time di buat...
conflake choc....ok lah...ramai perminat gak...cume aku jer yg xrase lg...

menu hari raya kami..
1- ketupat ( wajib)
2- ayam msk kicap
3- rendang daging
4- serunding daging
5- lodeh

2jer lah...ni pn dah dkt 10 kali aku mkn...pergh.....mmg lazat...haha
mmg aku rindu msakan nie...
almaklumlah raya thun lpas xmerasai nikmat ketupat nie....sedih

may b mlm nie, kami sekeluarga komvoi beramai2 tuk pulang ke kmpg atuk...
doakan kami sume smpai dgn selmat...amin..

beraya ke rumah kwn2 lama...xtentu lg bile...
nk sgt beraya nie...
kwn2 jom!!!!

oklah setakat tu jer lah...
p/s:kepada semua kwn2 selamat hari raya maaf zahir &batin, 0-0 ya

Thursday, September 17, 2009

berbuka pose @the spread, the garden

thankz wong, selaku vendor kami...
invite kami tuk berbuke at the garden hotel...

sedap2 mknan dier,
nasi beriani dier sdp....n len2

p/s:wong masih ada lg berhutang ngan kami pizza ok....

Monday, September 14, 2009

wah xsabo nyer!!

harini, esok, lusa, pe pas lusa ek..tulat ker...aku pkai hentam jer.....
hehe...harap btol..poyo tol ek
mahu blik kmpg sudah...

yeh..yeah...nk blik kmpg....
rindu kat sumer org..

mmm...cmner aku bwak blik brg nnt kang...ngan beg laptop, bju aku n sume buah tgn tuk dieorg...byk gak..
kuih lg...
byk gak...bg dua pn still byk gak...
hehe...
2lah beli xberingat....tp aku beringat gak sbnrnyer...poyo lg....

cpt lah masa berlalu..kalo boleh ku putarkan masa kan?
sudah ku putar kan masa tu....hehe

Friday, September 11, 2009

shoping lagi

weekend nie....ingat nk try cantik kan baju raya aku ngan tambah manik2...
harap cik ieja dpt tlg ajar yer..hehe..
sabtu ... nk shoping raya wat kali terakhir sblm raya..
hehe..
baju ank buah aku yg pempuan xdpt cr lg....
acik dier cerewet...maner xnyer...kalo dierorg yg pilih gaknyer..sng jer kot..
huhu....

Tuesday, September 01, 2009

aku yang sgt excited

hehe... per yg excited tu kan?
2lah nk citer nie....

tentang persiapan raya lah..
yahooooo.....sume dah beres...
baju, kasut, tiket blik kmpg, n tiket blik cnie blik...huhu....kuih raye pn aku dah order...yeh!!sume dah setle..
tinggal nk beli buah tgn jer tuk family..ank buah n len2..
perkara wajib bg aku, blik mst ada sumthing nk kena bg tiap sorang..
ank buah baju dah tentu sorang 1, adik aku yg apisz tu dah tentu baju 2 pasang, adik aku yg bogsu nie plak nk belikan kasut xnk, demand plak nk jam....huh...aku sdr pn xpakai jam..(hehe..aku cm xbaper minat jam actually..insyaallah 1day nnt)
mak aku xpk lg nk li per..handbag dah bg dah..pe ek??suprise!!!
nie sumer2 nie akan ku beli this saturday..coz ade sogo card murah lah ckit...
aku nk li sumthing tuk aku sdr gak..hehe...pe tu?adalah......

nk citer pasal smlm nie..
semalm pas blik dr ot..around kul 4pm..trus jer g midvalley..
tu pn sbb nk btol kan fon..sementara tggu 2jam tu per lg..round lah 1 mid tu, tak puas mid the garden plak..huh..almaklumlah dah 1 bgunan tu..
pas 1 kedai 1 kedai lg aku masuk, booked tuk berbuka gak..
heh..nk cr kasut sbnrnyer...pas 1, 1 lg aku try...erm....sgt confuse nk yg maner...
at last pilihan pertama gak aku amik...setelah dipersetujui oleh ani, yg jd pengkritik aku...
huuh...kaki sgt penat nk tertanggal rase...

last, biler dah amik fon...aku decide nk dok diam2 kat kedai mkn tuk berbuka..lgpn tinggal baper minit jer..smlm buka kat chicken rice shop...
sgt2 kenyang...tp aku berusaha habiskan gak..kebiasaan aku mkn mst tinggal kan ckit..ntah paper..

around kul 9pm...sampai umah..

::yg penting sgt puas ati..n sgt letih.