Sahabat adalah orang yang kita sayangi dan menyayangi kita, orang yang memahami kita,orang yang bersama kita tika susah dan senang.menerima kelebihanan kita dan berusaha memperbaiki kekurangan kita,sahabat juga sentiasa bersama kita tika dunia mengejar kita dan tidak meninggalkan kita tika dunia meninggalkan kita..
sahabat adalah yang sentiasa berpesan2, bertukar2 pandangan,berbalas2 doa..x gitu?sahabat berbeza dengan kawan.
Berkawan itu ikatan di antara manusia yang agak longgar. Mungkin kawan bermain sahaja. Diikat oleh permainan yang sama. Mungkin kawan sekerja. Di luar waktu kerja, tidak lagi berkawan. Setakat itu sahaja. Mungkin kawan sekuliah. Habis kuliah,tak kenal pun...siap menjeling lagi. Mungkin juga kawan senasib. Apabila nasib sudah tidak sama, hilanglah kawan.
Masing-masing buat hal sendiri..kalau terjumpa kat mana2 buat2 tak kenal.Mengapa berkawan tidak mahu kekal? Di mana salah dan silapnya? Sedangkan fitrah semula jadi manusia memang suka berkawan. Kerana hidup bersendirian tanpa kawan, banyak cacat dan kesusahan yang dihadapi manusia. Manusia yang banyak kawan, lebih ceria dan riang hidupnya daripada orang yang hidup bersendirian. Sebab itulah tabiat manusia suka berkawan.
Walaupun begitu manusia ini selalu sahaja dapat kawan dan kemudian hilang kawan. Kawan silih berganti. Payah hendak kekal hingga mati.Mengapa ya?mungkinkah ini sebabnya?Berkawan itu ada kepentingan peribadi.Sama ada kedua-dua orang yang berkawan atau salah seorangnya ada kepentingan peribadi. Mungkin berkawan kerana kekayaan orang itu, atau kerana kekuatan orang itu yang mana kalau ada musuh, boleh tumpang berlindung atau menumpang pengaruhnya. Apabila tujuan tersebut sudah tiada lagi, berkawan sudah tidak diperlukan lagi.
Berkawan dengan sebab seagama, sekampung, dan lain-lain. Berkawan apabila bertemu dengan orang yang satu kaum atau satu kampung atau seagama (walaupun agamanya tidak dipraktikkan)... Di waktu itu mungkin mereka tidak boleh sesuaikan diri dari segi agama,bahasa, bangsa atau budaya di situ. Maka di waktu itu mereka amat rapat berkawan kerana saling memerlukan antara satu sama lain mungkin sama-sama belajar di negeri atau di negara orang. Setelah berpisah atau setelah sama-sama balik ke negeri masing-masing, walaupun bertemu tetapi hubungan dah tak rapat macam dulu.
Berkawan tapi tak kekal macam berkawan ikut musim kerana ikatan ukhwah itu tak kuat. Terikat dengan perkara luaran. Terikat dengan keperluan semasa atau keadaan yang memaksa. Ia bukan dijalin oleh ikatan hati yang mempunyai akidah yang sama, ada hubung kait dengan Allah yang kekal abadi dan untuk kepentingan kedua2 sahabat yang berkekalan hingga sampai ke Akhirat.Perlu kita faham disini beza kawan dan sahabat agar dapat kita berkongsi sama dengan sahabat, suka duka, masalah, kemahuan dan kebencian mereka. Agar perkara-perkara yang mereka perlukan bantuan, kita bantu.
Manakala yang perlu dijauhi, sama-sama kita hindari dan jauhi. Jika perlu nasihat, kita beri nasihat. Apabila kita bersahabat, la budda! jaga perasaan mereka.paling penting, kalau kita bersahabat dengan sesiapa, kita kenalah jujur dan amanah serta bertanggungjawab terhadap mereka. Sepertimana kita berlaku jujur, amanah serta bertanggungjawab kepada diri kita, begitu jugalah tanggungjawab kita kepada mereka dan keluarga mereka. Kita kenalah jaga mereka macam kita menjaga diri dan keluarga kita.
Hadis Qudsi yang bermaksud: "Cinta Kasih-Ku patut diperolehi mereka yang saling berkasih sayang kerana-Ku, cinta kasih-Ku patut dinikmati oleh mereka yang saling bersilaturrahim kerana- Ku, cinta kasih-Ku patut dikurniakan kepada mereka yang nasihat-menasihati kerana-Ku, cinta kasih-Ku patut dicurahkan kepada mereka yang kunjung-mengunjungi kerana- Ku, cinta kasih-Ku patut dinikmati oleh mereka yang saling memberi kerana-Ku. Mereka yang saling berkasih sayang kerana-Ku dan pada jalan-Ku, (mereka) berada di atas mimbar- mimbar di hari Kiamat dari cahaya suatu kedudukan yang diinginkan oleh para nabi, para siddiqin dan para syuhada." (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Al Hakim dan Al Qudha` ie)
Daripada Hadis tersebut dapat disimpulkan,mereka yang bersahabat kerana Allah Taala itu akan mendapat 3 perkara iaitu:
1. Dikasihi oleh Allah dan seluruh penghuni langit.
2. Mendapat keredhaan Allah serta ganjaran pahala dan kurnia yang besar dari Allah.
3. Mendapat perlindungan Arasy di hari Akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment